Rindunya..
Betul cakap Misz. Mesti aku akan tulis mengenai apa yang aku belajar tadi. Tapi ni lain sikit sebab aku bukan nak cerita apa yang aku belajar, tp kenangan aku untuk beberapa tahun yang dulu. Untuk pengetahuan semua ingatan aku bermula apabila En. Roslee bercakap mengenai penyakit batu karang. Dalam fikiran aku, aku terus teringat akan arwah abah aku yang telah meninggal dunia lebih kurang 6 tahun yang lalu. Dia mempunyai penyakit tersebut dan menderita selama beberapa tahun. Masa itu aku agak kurang matang dan tidak terasa akan kesakitan yang abah alamai. Abah seorang yang sagat bertanggungjawab dan tegas serta garang. Berapa kali aku kene sebat dengan dia. Pada masa itu, kami hidup dalam keadaan sangat susah Dan abahlah yang banyak berusaha untuk kami sekeluarga. Walaupun abah masa itu berada dalam keadaan sakit tetapi dia masih lagi gagah untuk mencari rezeki. Pelbagai dugaan yang berlaku dalam hidup kami terutama pada abah. Dia penah di tipu rakan dan banyak lagi. Aku masih ingat lagi semasa aku darjah 3, masa itu arwah abah berniaga burger. Perniagaan abah memang cukup baik masa itu, tetapi pada suatu hari, seorang pun datang ke kedai kami, orang datang, tp bila sampai sahaja di depan kedai mereka patah balik. Perkara ini berlarutan selama seminggu sehinggakan abah terpaksa menutup kedainya. Pada suatu hari, dengan izin Allah seorang pelanggan setia abah berumpa abah pada waktu pagi dan bertanyakan kenapa abah tutup kedai selama seminggu,tiap-tiap malam dia datang, tapi kedai tutup. Abah menerangkan yang dia buka kedai tiap malam cuma baru sahaja malam tadi dia tutup kerana tiada pelanggan yang datang selama seminggu. Rupa-rupanya orang yang datang untuk membeli burger abah akan melihat kedai abah tutup sedangkan ia buka. Entahlah, manusia mana yang sanggup buat bergini. Adakah ia patut digelarkan sebagai seorang INSAN?? Emm.. Tapi ada satu hari yang paling aku ingat sehingga hari ini. Ia bermula pada tengah malam jumaat , ketika itu kami tinggal bersama mak cik di Telok Panglima Garang kerana kami tidak mampu membayar sewa rumah kerana abah sudah tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja. Aku sambung kembali ceritaku tadi, sedang aku nyenyak tidur, mama memaggilku, katanya abah sesak nafas, aku terus bangun dari lena tidurku, aku mengurut dada abah, mukanya kelihatan pucat. Nampak abah seperti tidak tahan sakit. Aku mengurut abah sehingga pagi. Pagi itu, mama mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke kampung untuk berubat cara kampung. Pagi-pagi lagi kami bersiap untuk menuggu bas. Alhamdulillah, bas cepat tiba pada masa itu, tp ketika di dalam bas, keadaan abah menjadi serius, dia makin sesak nafas. Orang ramai hanya dapat melihat sahaja kerana mereka pun tidak dapat membantu apa-apa. Apabila samapi sahaja di Stesen Bas Klang, aku menelefon mak cik aku yang berada di Shah Alam memberi tahu yang kami pulang ke kampung pada pagi itu. Tapi keadaan abah makin teruk, mak cik menyuruh kami naik teksi sahaja sehinga ke Sekinchan dan tambang dia akan bayar. Kami bersetuju, keadaan semakin teruk dan aku ingat lagi kata-kata abah masa itu, 'nanti abah nak tidur dalam kereta'. Aku pun jawablah, nanti bila teksi ada, abah boleh la tidur sepanjang perjalanan. Masa itu aku terpaksa naik bas keseorangan kerana teksi tidak muat untuk kami sekuarga, hanya muat untuk abah, mama, angah (10thn), acik (8thun), boboy (6tahun), uda (3 tahun) dan arel (1 tahun). Bila teksi itu bergerak, aku harap-harapkan mereka sampai dengan selamat. Sebelum aku menaiki bas, tiba-tiba terdetik hatiku untuk menelefon mak cikku kembali, setelah beberapa kali menelefon pejabatnya, rakan mak cik menjawab dan dia kata mak cik pergi ke Klang dan suruh aku tunggu di situ sahaja. Aku berasa pelik, kenapa dia bersusah payah datang dari Shah Alam. 30minit selepas itu, mak cikku tiba, aku dengan riangnya mengatakan abah dan mama sudah naik teksi dan telah bergerak setengah jam yang lepas, tp tiba-tiba aku terkejut kerana mak cik mengatakan abah dan yang lain tidak ke kampung tetapi mereka ke hospital. Aku menjadi tidak keruan, kami terus mencari bas untuk ke hospital. Masa itu pula bas menunggu penumpang hingga penuh. Aduh, hati aku rasa tidak sedap hati, rasa ingin menangis pun ada masa itu. Sesudah tiba di hospital, aku terus mencari keluargaku. Mereka berada di wad kecemasan. Aku hanya berjumpa adik-adiku sahaja. Mama menemai abah di dalam wad kecemasan itu. Adik-adiku sudah mula menangis. Aku seperti sangat tidak tahu apa-apa masa itu. Kabur sahaja. Mak cik aku sibuk menelefon keluarga yang lain. Tepat pukul 12.15 tengahari, semasa aku menemani mak cik menelefon, adikku mememanggil kami,dalam perjalanan ada seorang lelaki berkata kepada ku, 'anak Ismail kea? dia baru je meninggal' aduh, betul ke apa yang aku dengar ini, aku terus berlari ke wad kecemasan. Nampaknya mimpi burukku bermula, aku melihat mama menangis sambil dipeluk oleh mak cik aku lagi seorang. Aku pergi ke mama dan dia mengatakan abah sudah tiada. Gelap duniaku, kenapa perkara ini berlaku kepada ku. Ya Allah, aku masih tidak bersedia menerima perkara seperti ini. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku teringat kata-kata abah tadi, dia ingin tidur. Memang benar, dia tidur buat selamanya sekarang ni.
Sekarang sudah enam tahun berlalu, sekarang akulah ketua keluarga, adik-adiku bergantung padaku sekarang. Aku mesti berlajar dengan bersungguh-sungguh untuk membantu keluargaku. Kalaulah abah ada sekarang, mesti dia rasa bangga kerana aku bakal menjadi seorang guru. Tp aku berasa sangat kesal kerana aku tidak dapat membalas jasanya dan tidak mempunyai gambar kenagan keluarga. Maklumlah kami memang tidak mampu pada masa itu. Wajahnya masih segar dalam ingatanku, jika lihat cermin, aku akan lihat abah di dalam cermin tu. nampaknya penulisan ini membuatkan aku makin sedih, aku hanya dapt mendoakanya abah sentiasa dirahmati Allah.
Along sayang sangat kat abah, along rindu kat abah...
Alfatihah untuk abahku, Ismail b Mohd Yusuf.
aku akan berusaha untuk mendidik adik-adiku menjadi orang yang berguna kelak..
Sekarang sudah enam tahun berlalu, sekarang akulah ketua keluarga, adik-adiku bergantung padaku sekarang. Aku mesti berlajar dengan bersungguh-sungguh untuk membantu keluargaku. Kalaulah abah ada sekarang, mesti dia rasa bangga kerana aku bakal menjadi seorang guru. Tp aku berasa sangat kesal kerana aku tidak dapat membalas jasanya dan tidak mempunyai gambar kenagan keluarga. Maklumlah kami memang tidak mampu pada masa itu. Wajahnya masih segar dalam ingatanku, jika lihat cermin, aku akan lihat abah di dalam cermin tu. nampaknya penulisan ini membuatkan aku makin sedih, aku hanya dapt mendoakanya abah sentiasa dirahmati Allah.
Along sayang sangat kat abah, along rindu kat abah...
Alfatihah untuk abahku, Ismail b Mohd Yusuf.
aku akan berusaha untuk mendidik adik-adiku menjadi orang yang berguna kelak..
2/24/2009 11:41:00 PM
|
Labels:
Cerita ku
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment