Tentang tentang

My photo
Sekinchan, Selangor/kuala lipis, Malaysia
Tanggal 14 March 1988 pukul 9 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki. En. Ismail telah menamakanya Mohd Faqhreel Aizad. Selama 13 tahun ia menetap di Klang bersama-sama keluarganya sebelum abahnya meninggal dunia dan menetap di Sekinchan hingga sekarang. Beliau masih lagi berlajar di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis dalam jurusan Ijazah sarjana muda pendidikan major PSV. Tidak lama lagi akan mendapat gelaran 'Guru'/'Cikgu'. Sangat gile akan kentang. [EN]
IP

kehidupan seorang manusia..

Kenapa kali ini aku memilih tajuk kehidupan seorang manusia? emmm.. aku nak konsi pengalaman dan cerita sedikit. semua orang tidak pernah rasa puas terhadap apa yang di lakukannya. Mesti korang rasa sama seperti yang aku rasakan? Bile kite dapat kerja, kadang-kadang mesti kita merungutkan? kata banyak kerjalah, susahlah, itulah, inilah, bagaikan semua tidak kena. Tp cuba bayangkan pula, apabila kita tidak diberikan tugasan atau kerja. Pasti kita merungut juga kerana kita lihat orang lain buat kerja sedangkan kita tidak buat apa-apa. Sehinggakan ada yang terasa hati. Sebab tulah aku kate, manusia ini sama saja. cuma yang membezakannya adalah akal mereka yang digunakan untuk berfikir. Jika kita sentiasa fikirkan negatif, negatif la jadinya. Kita seharusnya berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu tindakan. Sehingga kempen kitar semula pun menggunakan perkataan 'FIKIR DAHULU sebelum buang'. Kita seharusnya berfikir secara rasional jangan hendak bertindak melulu sahaja. Seperti yang aku kata tadi, soal kerja. Jika kerja itu bukan kerja kita, jadi janganlah kita hendak sebuk-sebuk untuk melakukannya. Janganlah kita tersa hati dengan orang yang diberikan tanggungjawab tersebut.

Lagi satu, kenapalah orang lain hendak sebuk akan hal orang lain?
sebuk sangat hendak tahu kisah orang lain. Yang ini tak nak lah aku cita banyak-banyak kerana kadang-kadang aku pun sama juga.. hehe.. kan aku kate tadi semua manusia adalah sama...

Oleh itu, kita renung-renugkanlah, aku tidaklah pandai menulis dengan panjang lebar cuma ingin memberikan pandangan sahaja.

0 comments: