Ceritaku..
Susah gak ekh.. nak kene tulis hari-hari. Payah gak nak memikirkan ayat untuk ditulis. Lagi satu, susah gak nak tulis secara formal ni.
Hari ni tak de yang 'best' dalam rutin harianku. Cume tiap hari Selasa, kami ada Gerko. Semester ni dan semester depan kami kena gerko pakaian seragam. Aku pilih untuk menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Aku tak pernah pun masuk KRS ni. Dulu masa sekolah rendah pun aku masuk Pengakap, masuk sekolah menengah aku mula berkecimpung dengan Kadet Bomba dan Penyelamat. Kiranya masa itu, aku dan pegawai bomba di Klang dan Sg.Besar menjadi rakan baik. aku pilih KRS ni kerana aku tidak pernah lagi masuk KRS. lagi satu, baju dia pun 'smart' dan aku tengok banyak mengajar kau tentang displin.
Latar belakang KRS bermula apabila Muhammad Thani Bin Sha'aban di SM Raja Abdullah, Jalan Kepong memulakan sebuah pasukan pakaian seragam yang diberi nama Kadet Putera Islam. Kemudian pada 13 September 1993, Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah meluluskan kertas kerja untuk menukar Kadet Putera Islam kepada Kadet Putera-Puteri Islam tetapi ditukar pula kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Kemudian pada 20 Jun 1995 KRIS telah ditukarkan namanya sekali lagi untuk membolehkan pelajar-pelajar bukan Islam menyertainya. ia telah ditukarkan kepada Kadet Remaja Sekolah hinggalah sekarang. Untuk sekolah rendah pula ia dipanggil Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Itujelah yang aku dapat ceritakan serba sedikit tentang KRS ni. Orang kata, kalu hendak memiliki sesuatu tu kenalah kenal dulu. Tak Kenal maka tak cinta. Betol tak?
0 comments:
Post a Comment