Kawan Baruku..
Assalamualaikum semua.. Uh.. panas betul petang ni. Hari ini aku mempunyai kawan baru dalam hidupku. Jenab namanya. Jenab merupakan seekor kura-kura kecil yang baru dibeliku tadi. Ntah mengapa aku tadi tiba-tiba sahaja ingin membeli seekor kura-kura. Tanpa membuang masa, aku terus meminjam motor 'roomateku' dan pergi ke Lipis untuk membeli kura-kura tersebut. aku memangilnya Jenab kerana ak rasa nama tersebut klasik sekali. lagi pun aku tidak tahu lasung kura-kura ni jantan ke betina. "Sekilas kura-kura di dalam akuarium, tidak ku tahu jantan ke betina" hehe..
Mengapa kura-kura? Mengapa tidak ikan? kucing? mengtibang laut? atau platipus? aku rasa kura-kura ni lain daripada yang lain. walaupun kura-kura ini kecil tetapi ia mempunyai semangat yang kuat. seperti dalam siri 'Wonder Pet'. lagi satu, aku tidak pernah membela kura-kura sebelum ini. Selain itu, aku harap si Jenab ni boleh la layan aku bila aku sunyi-sunyi. Mungkin aku akan latih dia buat aksi juga seperti balik kuang, menari atau sebagainya. Mana tahu dia boleh ganti Tuk.
Aku harap Jenab ni dapat aku bela dengan sebaik mungkin dan hidup lama. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ok la tue..kwan x smstnye manusia...ngan kura2 pun leh..kn dia pun anugerah Tuhan gak..kn..kn
btol222.. ak stuju.. kite x leh nk memilih kwan...
Post a Comment