Tentang tentang

My photo
Sekinchan, Selangor/kuala lipis, Malaysia
Tanggal 14 March 1988 pukul 9 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki. En. Ismail telah menamakanya Mohd Faqhreel Aizad. Selama 13 tahun ia menetap di Klang bersama-sama keluarganya sebelum abahnya meninggal dunia dan menetap di Sekinchan hingga sekarang. Beliau masih lagi berlajar di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis dalam jurusan Ijazah sarjana muda pendidikan major PSV. Tidak lama lagi akan mendapat gelaran 'Guru'/'Cikgu'. Sangat gile akan kentang. [EN]
IP

Akulah Superhero!!


Mungkin korng da tau pe yg aku nk tulis nie, mengenai asal usul Superman. Ak nk ltk lame da, tp asek lupe jea..

  • Superman sebenarnya merupakan ciptaan dua orang anak muda Yahudi pada tahun 30-an, Jerry Siegel dan Joseph Schuster.

  • Komik dan kemudiannya novel grafik menjadi wahana penting dalam mengartikulasikan sikap dan pendirian seniman Yahudi di AS.

  • Selain Superman, watak komik terkemuka seperti Batman, X-Men dan Spiderman juga dihasilkan oleh artis-artis Yahudi.

  • Komik Superman ditolak oleh banyak penerbit masa itu. Akhirnya penerbit Detective Comics (DC) bersetuju membayar AS$130 ((RM455 sekarang) sebagai royalti.

  • Pada waktu Superman lahir, AS berada dalam zaman kemelesetan yang teruk dan sentimen anti-Yahudi begitu meluas di AS.

  • Bapa Kal-El (nama asal Superman) bernama Jor-El menghantar anak lelakinya ke dunia dengan misi tertentu. Kal-El ditemui oleh keluarga Jonathan dan Martha Kent di AS dan diberikan nama Clark.

  • Menteri Propaganda Adolph Hitler, Josef Goebbels mengisyitiharkan Superman sebenarnya Yahudi dan amat berbahaya.

  • Kita menerima wira Yahudi yang menjadi All-American Hero sebagai wira kita juga.

  • Anak-anak muda Muslim yang memprotes keganasan Israel di Gaza memakai baju T bertulis "Superman", wira yang dicipta untuk membuktikan keperkasaan kaum Yahudi.
Fakta di atas ni aku dapat dalam Berita Harian 15Februari 2009.

so macam mane?? Kita jadi keluangman je la..

come on, come on say!! PSV! PSV!

Fuh!! Bapak penatnya, kami baru jea abes lawan hoki kat sini. Meriah gle.. sume main provoke jea..
Tp x besh sgt la.. Aku x dpt tengok / main semua pelawanan team aku. Aku kene jd reff(empire). Bapak bler gle aku td. Semenjak lulus test last year, ni la 1st time aku tiup wisel. Ah.. ak blasah je td. Pe yg ak tau salah aku tiup wisel, x tau wat x nampk je la. Aku rase jd org gile yg lari kehulu ke hilir nie agak penat juga. Mane x nye, kalu jln jea, aku x nmpak. Da la ak rabun, pastu da tau rabun x nk pkai spek(kaca mata) plak. HAHAHA... x pe la. Pengalaman aku, hari ni satu lagi pengalaman baru dalam hidup ku.

HIDUP PSV!!!!!!!




senjata utama aku sebagai ref td...






Aku Pon Budak Town.

Zamri merupakan seorang budak awal 20an yang tinggal di kampung. Cita-citanya dari kecil adalah dia ingi pergi ke Kuala Lumpur. Die merasakan yg kat K.L tu adalah kota yg mmpu mengubah dirinya. Sebenarnya K.L tu x lah jauh sgt dengan kg si Zamri ni. Kalau naeuk kete, x sampai 2 jam. Tapi disebbkan si Zamri ni kurang pendidikan, x blaja geo time sekolah dulu, die ingat K.L 2 jauh la sgt. Sebenarnya dulu time die umur 6 tahun, die masuk pertangdingan mewarna peringkat sekolah tadika die. Dapatlah nombor 1. Die dapat masuk peringkat kebangsaan kat K.L tp disbbkan die ni slalu je ponteng sekolah, die x tau pun yg di kene pergi. Last2 budak no 3 dapat g K.L. Np no 3? Sbb no 3 anak cikgu sekolah 2, so die amek je la anak die. Ok2 kite kembali ke cite Zamri.
Zamri mengenali K.L cume daripada totntonan tv yg selalu die tongok kat umah mak cik Kiah sahaja. Kadang-kadang bukan nk tengok t.v sgt pon, nk tgok anak dara mak Kiah je lebih. Zamri memanggilnya dengan pangilan manja 'Mas',tp dalam i.c pun memang tulis nama die Mas, Mas bt Hajim. Mas nie mmg Zamry mnt dari dia mula baligh lagi. Sifat keinginan untuk bercinta tu baru ada masa itu. mak Kiah dah tau motif sebenar Zamri.

'Mak Kiah bukan x bg ko nak kwn dgn si Mas 2, tp tgoklah ko nie, MISKIN! HODOH! ADE KURAP! yg penting ko x duduk kat K.L. Mak Kiah nk anak mak Kiah kawen degn org K.L barulah CLOWN!!' kata-kata mak kiah yg selalu diucapkan kepada Zamri semasa die mengintai-intai Mas di dapur yang sedang makan.

'Mak cik nie, x abes2 dengan clown die, mak cik tau x? Clown 2 dalam bahasa melayu BADUT!! Town la mak cik. ISh2222.....' balas Zamri dengan nada bangga membetulkan kata2 mak Kiah td.

'Ala mak Kiah tau jea. Saje nk Test kamu nie. Apa Benar kamu ingin berkawan dgn Mas Zamri? Kalu bergitu, ak cbr ko pergi K.L dan dtg sini sbgai bdk Clown.'

'TOWN!!'

'Ha, town'

Zamri menyahut cabaran Mak cik Kiah tersebut. Nampak terselah riak muka Zamri kegembiraan dalam lamunannya berkahwin dengan Mas. (Lamunan ni di sensord krna mengandungi unsur2 18sx). Tapi tiba2 raut wajahnya berubah. kerana apa? kerana die terfikir, mcm mana die nak g K.L? Sedangkan naik bas pun mak die temankan sampai ke tempat duduk sewaktu die pergi rombongan ke Taman rama-rama ketika dia berada di tingkatan 6 bawah. Petang 2 die termenung keseorangan di tepi tali air. Memikirkan bagaimana die hendak ke K.L seterusnya mendapatkan Mas.

Tiba-tiba dia.............

(bersambung)

Rindunya..

Betul cakap Misz. Mesti aku akan tulis mengenai apa yang aku belajar tadi. Tapi ni lain sikit sebab aku bukan nak cerita apa yang aku belajar, tp kenangan aku untuk beberapa tahun yang dulu. Untuk pengetahuan semua ingatan aku bermula apabila En. Roslee bercakap mengenai penyakit batu karang. Dalam fikiran aku, aku terus teringat akan arwah abah aku yang telah meninggal dunia lebih kurang 6 tahun yang lalu. Dia mempunyai penyakit tersebut dan menderita selama beberapa tahun. Masa itu aku agak kurang matang dan tidak terasa akan kesakitan yang abah alamai. Abah seorang yang sagat bertanggungjawab dan tegas serta garang. Berapa kali aku kene sebat dengan dia. Pada masa itu, kami hidup dalam keadaan sangat susah Dan abahlah yang banyak berusaha untuk kami sekeluarga. Walaupun abah masa itu berada dalam keadaan sakit tetapi dia masih lagi gagah untuk mencari rezeki. Pelbagai dugaan yang berlaku dalam hidup kami terutama pada abah. Dia penah di tipu rakan dan banyak lagi. Aku masih ingat lagi semasa aku darjah 3, masa itu arwah abah berniaga burger. Perniagaan abah memang cukup baik masa itu, tetapi pada suatu hari, seorang pun datang ke kedai kami, orang datang, tp bila sampai sahaja di depan kedai mereka patah balik. Perkara ini berlarutan selama seminggu sehinggakan abah terpaksa menutup kedainya. Pada suatu hari, dengan izin Allah seorang pelanggan setia abah berumpa abah pada waktu pagi dan bertanyakan kenapa abah tutup kedai selama seminggu,tiap-tiap malam dia datang, tapi kedai tutup. Abah menerangkan yang dia buka kedai tiap malam cuma baru sahaja malam tadi dia tutup kerana tiada pelanggan yang datang selama seminggu. Rupa-rupanya orang yang datang untuk membeli burger abah akan melihat kedai abah tutup sedangkan ia buka. Entahlah, manusia mana yang sanggup buat bergini. Adakah ia patut digelarkan sebagai seorang INSAN?? Emm.. Tapi ada satu hari yang paling aku ingat sehingga hari ini. Ia bermula pada tengah malam jumaat , ketika itu kami tinggal bersama mak cik di Telok Panglima Garang kerana kami tidak mampu membayar sewa rumah kerana abah sudah tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja. Aku sambung kembali ceritaku tadi, sedang aku nyenyak tidur, mama memaggilku, katanya abah sesak nafas, aku terus bangun dari lena tidurku, aku mengurut dada abah, mukanya kelihatan pucat. Nampak abah seperti tidak tahan sakit. Aku mengurut abah sehingga pagi. Pagi itu, mama mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke kampung untuk berubat cara kampung. Pagi-pagi lagi kami bersiap untuk menuggu bas. Alhamdulillah, bas cepat tiba pada masa itu, tp ketika di dalam bas, keadaan abah menjadi serius, dia makin sesak nafas. Orang ramai hanya dapat melihat sahaja kerana mereka pun tidak dapat membantu apa-apa. Apabila samapi sahaja di Stesen Bas Klang, aku menelefon mak cik aku yang berada di Shah Alam memberi tahu yang kami pulang ke kampung pada pagi itu. Tapi keadaan abah makin teruk, mak cik menyuruh kami naik teksi sahaja sehinga ke Sekinchan dan tambang dia akan bayar. Kami bersetuju, keadaan semakin teruk dan aku ingat lagi kata-kata abah masa itu, 'nanti abah nak tidur dalam kereta'. Aku pun jawablah, nanti bila teksi ada, abah boleh la tidur sepanjang perjalanan. Masa itu aku terpaksa naik bas keseorangan kerana teksi tidak muat untuk kami sekuarga, hanya muat untuk abah, mama, angah (10thn), acik (8thun), boboy (6tahun), uda (3 tahun) dan arel (1 tahun). Bila teksi itu bergerak, aku harap-harapkan mereka sampai dengan selamat. Sebelum aku menaiki bas, tiba-tiba terdetik hatiku untuk menelefon mak cikku kembali, setelah beberapa kali menelefon pejabatnya, rakan mak cik menjawab dan dia kata mak cik pergi ke Klang dan suruh aku tunggu di situ sahaja. Aku berasa pelik, kenapa dia bersusah payah datang dari Shah Alam. 30minit selepas itu, mak cikku tiba, aku dengan riangnya mengatakan abah dan mama sudah naik teksi dan telah bergerak setengah jam yang lepas, tp tiba-tiba aku terkejut kerana mak cik mengatakan abah dan yang lain tidak ke kampung tetapi mereka ke hospital. Aku menjadi tidak keruan, kami terus mencari bas untuk ke hospital. Masa itu pula bas menunggu penumpang hingga penuh. Aduh, hati aku rasa tidak sedap hati, rasa ingin menangis pun ada masa itu. Sesudah tiba di hospital, aku terus mencari keluargaku. Mereka berada di wad kecemasan. Aku hanya berjumpa adik-adiku sahaja. Mama menemai abah di dalam wad kecemasan itu. Adik-adiku sudah mula menangis. Aku seperti sangat tidak tahu apa-apa masa itu. Kabur sahaja. Mak cik aku sibuk menelefon keluarga yang lain. Tepat pukul 12.15 tengahari, semasa aku menemani mak cik menelefon, adikku mememanggil kami,dalam perjalanan ada seorang lelaki berkata kepada ku, 'anak Ismail kea? dia baru je meninggal' aduh, betul ke apa yang aku dengar ini, aku terus berlari ke wad kecemasan. Nampaknya mimpi burukku bermula, aku melihat mama menangis sambil dipeluk oleh mak cik aku lagi seorang. Aku pergi ke mama dan dia mengatakan abah sudah tiada. Gelap duniaku, kenapa perkara ini berlaku kepada ku. Ya Allah, aku masih tidak bersedia menerima perkara seperti ini. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku teringat kata-kata abah tadi, dia ingin tidur. Memang benar, dia tidur buat selamanya sekarang ni.
Sekarang sudah enam tahun berlalu, sekarang akulah ketua keluarga, adik-adiku bergantung padaku sekarang. Aku mesti berlajar dengan bersungguh-sungguh untuk membantu keluargaku. Kalaulah abah ada sekarang, mesti dia rasa bangga kerana aku bakal menjadi seorang guru. Tp aku berasa sangat kesal kerana aku tidak dapat membalas jasanya dan tidak mempunyai gambar kenagan keluarga. Maklumlah kami memang tidak mampu pada masa itu. Wajahnya masih segar dalam ingatanku, jika lihat cermin, aku akan lihat abah di dalam cermin tu. nampaknya penulisan ini membuatkan aku makin sedih, aku hanya dapt mendoakanya abah sentiasa dirahmati Allah.
Along sayang sangat kat abah, along rindu kat abah...
Alfatihah untuk abahku, Ismail b Mohd Yusuf.

aku akan berusaha untuk mendidik adik-adiku menjadi orang yang berguna kelak..

Bila bosan baru cari ak?!!

Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau andai
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenangkan merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Pada mu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihat mu
Pernahkan kau ada
Bila ku perlu tuk menyatakan
Rasa sakit dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas tuk menulis padamu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mata ku..

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku
Padamu

Kat atas nie lirik lagu Cuba dari Faizal Tahir. Ak ltk lirik ni bukan ak nak kate ak minat. Tp lirik ni ak rase ad kne mengena dgn ak cket2 la.. mgkin x de.. cme ak jea yg rase kot.. hehe..bende yg ak nk cite ni x de kne mengene ngn laki atau pompuan, 2,2 bleh t'rase kalu die yg wat. 'sape makn cili dia t'rse pdsnye, sape pegang nangka, die t'kne getahnye'. Npe la org skarag ni ble ssh jea baru nk cari 'kwn', kalu mase sng atau happy, ade cari kite? ade msg kita? HARAM!! depe wat hal sdiri jea. ble ditnyekan nape.. mulalah mcm2 alasan yg akan dikuarkan daripada mulut die. lps 2 x nak ngaku salah plak 2, lagi mau cri salah org lain. nk lari drpd mslh. ni la INSAN yg wujud kat dunia nie. Ape la nk jadi. Lps 2,2 x ngku salah, mulalah gaduh. 1,1 tomahan dan makian akan kuar dari ke2-2 mulut. dan Last sekali sape yg salah?? mesti kite gak yg slahkan?? (t'utama laki la, sbb ak laki). besoknya pula mulalah sesi ngukt mengukit ttg salah kite, x pandai jage ati la, ske sketka ati la. tapi korg boleh okan spe yg mula dlu?? 'DIa"kan?? Ntah la.. ak pun pnglah.. tp x lame lps 2 baik pulak... sbb 'dia' da mula ssh (png pale, demam, DLL). time 2 la baru cari kita. kol 2, 3 pg kol.. mtk tman.. ape kjdhnye!!! x tau ke ak ade klas sok!! PENTINGKAN DIRI!!! da la.. makin lame ak tulis ni.. makin saket ati la plak. tp ak ni mrh skajp je.. hahaha..... papepun, kita jgn png2kan pale, yang pntng kite kne same2 b'usaha ke jalan kebaikan!!! KE BINTANG TELASMA!!!!

Nak jd mcm die gak!!!!

Nk jd macm die?? Jd lah.. ap ak kesah!!!
Tp, nape kita mesti jd org lain? Sdgkan Allah da jdkn kita ni ckup smpurna. Mmg setiap orang tu berbeza. Cube bayangkan semua orang sama.. Pe jadi?? x de life lansung. Sume same je prangai. Kita bukan x leh nk jd macam sesorang. Tapi janganlah tiru sbijik. Yang baik 2 kita boleh jadikan sebagai tauladan dan petunjuk kpad kita. Tp bukan semua orang suke orang manirunya. So kita kenelah pandai memilih orang. Kita sebenarnya boleh berubah sendiri, x payahlah nk ikut orang jea.. btol x??
So, pandai2 la korang!!











kalu boleh aku nak jd macam dia.


I Love U Syg.. Tp... Sampai ble??

Wa.. nmpknye pengkritik telah pun melawat duniaku nie.. Emm.. mcam ni kne la aku lagi berusaha.. haha.. Aku baru je terbaca surat khabar Harian Metro td, baru aku perasa muka depanya becerita tentang perkahwinan Roslin Hashim dengan bekas Isterinya hanya bertahan selama 12 hari sahaja. Cuba korang bayangkan, kita punyala bercinta punya nak rak, alih-alih bila dah kahwin, x sampai sebulan dah pisah. Kahwin ni bukan perkara main-main, mungkin korang masa kecik-kecik dahulu ada kot main kahwin-kahwin. Tapi itu lain. Bila kita dah berkahwin, kita sudah masuk ke alam yang lain. Bukan lagi seperti dahulu. Tanggungjawab kita makin besar dan bertambah. Sebab 2 la nak kahwin kena ambil kursus. Kita kene balja selok belok alam perkahwinan tersebut. Ini bukan sahaja untuk kaum Adam malahan kepada kaum Hawa juga. Lain rasanya ketika bercinta dan ketika berkahwin. Xsama langsung. Aku cita ni dari pengalaman aku la, walaupun ak belum lagi kahwinlah baru je couple, prasaan rimas dan tidak selesa mula menyerap ke dalam hati kami. Belum lagi kahwin. baru couple. Cuba dah kahwin. Korang bayangkan la macam mana. Sebab tu la orang cakap, masa kita berkawan nie, kne la kenal btol-btol hati budi pasangan kita. bukan dari luaran jea, dalaman yang penting. Mmg tidak dinafikan sebagai seorang insan, aku mahukan seorang permpuan yang cantik manjadi isteri ak. Tp bila dipikirkan balik, buat apa isteri cantik, kalu hati budinya busuk dan kotor. Kalu cantik sangt mesti ramai orang yang sukakan?? Kita juga yang merana.. hehhee.. Bagi aku la, sebelum Couple, kita mestila kenal orang 2 betol-betol kerana dila dah couple, ak harap akan samapai ke alam perkahwinan dan kekal hingga ke akhir hayat. couple ni bukan la untuk suka-suka. tengok orang besh ade awek, kita pun nk gak. Ade kea.. Lagi 1, bila da cople tu, kne jagala diri masing-masing. Janganlah buat benda yang tak senonoh. Sebab tu lah bila dah kahwin, kita rasa bosan. Krena apa? Krena kita da buat semua dlu sebelum kahwin. Lasung tiada nikmat malam pertama.
Aku pun x tau nape aku boleh pulak becerita tentang benda nie. Mungkin ia juga penting untuk kita semmua kerana satu hari nanti, kita mesti kahwin bukan?? Dan marilah kita sama-sama berdoa agar mendapat jodoh yang baik dari semua aspek walaupun x sperfect yang diingini.

Akal Seni

Uh, aku baru je lepas sembur spray clear kat mural taska 2. kene spray clear kalu x abes tagal warna die. Tengah-tengah spray tu teringat lak aku tentang POP ART. korng tau x ttg pop art nie?

Pop art yang berasal dari kata popular art merupakan sebuah aliran seni yang memanfaatkan simbol-simbol dan gaya visual yang berasal dari media massa yang populer seperti koran, majalah, iklan, televisi, komik.Pop art pertama kali dipopularkan oleh Andy Warhol dari Amerika yang merepetisi foto wajah-wajah artis Hollywood seperti Marilyn Monroe atau Elvis Presley dengan silk screen dan menggunakan warna-warna komplementer. Hasilnya wajah-wajah artis tersebut muncul dengan warna-warna yang unik dan berbeda dari aslinya. Karya-karya seperti ini biasanya diproduksi untuk cover-cover album atau poster pertunjukan musiQ, kemudian berkembang untuk poster-poster sosial sampai poster komersil. Pada masa itu budaya pop art pada dasarnya adalah sebuah penentangan dari budaya modern yang yang cenderung statis dan berdesignkan jangka panjang. Sangatlah aneh jika sebuah design yang digunakan untuk sebuah produk jangka pendek harus memiliki nilai estetik yang berlaku selamanya. Menurut orang-orang yang menentang budaya modern, estetika barang-barang yang bersifat konsumptif harus berangkat dari budaya populer dan berdasarkan gaya yang mudah dikenal dan dinikmati masyarakat umum. Misalnya desain mobil harus menampilkan unsur-unsur dekoratif yang kokoh sehingga menimbulkan kesan kuat bagi orang-orang yang melihatnya.Pada masa-masa kemunculan perdananya banyak kalangan yang beranggapan bahwa karya pop adalah karya yang tidak mempunyai nilai estetik dan hanya sebuah karya yang diciptakan untukkesenangan belaka. Tapi disamping itu banyak pula orang yang beranggapan bahwa karya pop adalah sebuah karya yang tercipta dari kebebasan berekspresi dan membuktikan bahwa tidak adanya diskriminasi dalam seni. Bahkan ada yang beranggapan bahwa dengan karya pop, masyarakat diajak untuk lebih obyektif dalam melihat sebuah karya (pada masa itu banyak orang yangberanggapan bahwa ada dominasi seniman abstrak ekspresionis dari Eropa dan Amerika).

Marilyn Monroe


Utilitarianisme

Aku baru jea balik dari kelas. ari nie bleh blek cpt cket coz kami wat klas kami wat awal. Td cme ade klas moral jea. Ntah la.. aku rase mcm besh jea blaja moral nie walaupun moral cme minor ke 2 jea. Td kami blaja ttg teori etika. biasalah kalu sbut ttg teori jea.. puas gak la nk perah otak utk mamahamkanya. tp td alhamdulillahlah ak paham. Lagi-lagi tetang utilitarianisme. terbelit lidah aku nk menyebutnye. Utilitarianisme ni adalah satu tundakan atau tingkah laku seseorg yang berasaskan tujuan memaksimakan kebahagian untuk bilangan yang paling ramai. Dengan kata lain ialah memaksimumkan keseronokan dan meminimumkan kesakitan orang lain.
Cube korang banyangkan, zaman sekarang ni masih ramai lagi x org yang snggup berkorbang untuk orang lain? sanggup bantu orang lain walaupun kita dalam kesusahan. Kalau ada pun mesti ada muslihat tersendiri, "Ada Udang di Sebalik Batu". Betol x?? Banyak yang pentingkan diri sendiri sekarang nie. Mmg benar, kita kena ikut arus perubahan. Kadang-kadang kita pun kene pentingkan diri sendiri juga kerana jika tidak kita yang tidak dapat apa-apa. Zaman sekarang ni makin ramai yang menindas orang lain. Contoh yang paling dekat kita dapat lihat kekejaman zionis kepada umat Islam di Palestin. Mungkin mereka berasa seronok melakukan kekejaman untuk mendapatkan tanah untuk membina sebuah negara yang besar. Emm...
Kita kalu buat baik atau ingin menolong, janganlah kita memikirkan apa balasan yang akan kita dapat . Patutnya lasung tiada dalam hati untuk mendapat balasa. Sperti kata kata Dr. Shatar td, walaupun kita berniat nk buat kebaikan sedikit saje, besar pahalanya.
Hari nie hari Jumaat, Jom kita sama-sama pikirkan adakah hati kita ni betol-betol ikhlas untuk membantu orang lain.
Emmm... tue je kot yang aku dapat tulis. biasalah, otak kurang berkembang macm aku nie sh dapat idea nk buat ayat. kadang-kadang orang lain x paham pea yang aku tulis. harap-harap korang paham lakali ni ekh.. hehe.. ZAMZAM!!

Cari Idea

Lama juga aku tidak menulis ni. masih tidak biasa lagi untuk menulis dengan secara formal (ayat penuh) susah jugak ekh untuk menjadi penulis bloger ni. Idea kene banyak. Kene banyak berpengetahuan. Hari minggu lepas aku ada bengkel asas seni lakon. Tak tau la macam mana aku boleh terjebak dengan teater ni. dulu aku masuk cume nak jadi krew je. Buat prop. tup2.. lepas tu terus jadi pengarah dan wujud satu kelab teater di IPTAA. Mula-mula aku hendak buat nama kelab tersebut ialah Kelab Teater Afzan, tetapi selepas aku, penolong pengarah 2 aku dan penasihat aku berbincang jarak jauh (SMS), kami mendapat kata sepakat memilih GITA iaitu Gabungan Insan Teater Afzan. Macam Gita Gutawa bukan? hehhe.. Ok kita bukak cerita lain pula, hari Jabatan Sains dan Matematik menganjurkan kempen derma tulang sum-sum. Jadi siapa nak derma bolehlah daftar nama di dewan besar. Aku?? haha.. entahlah.. rasa serba salah la pulak, nak derma ke tidak. Takut pun ada juga. Ketika aku hendak pasang banner di dewan, aku ada tengok juga alatan yang mereka bawa untuk membuat pemeriksaan, mungkinlah. Mungkin siapa yang daftar nama tue, mereka akan ambil darah, besar juga botol darah tu aku tengok. Hehe..
Ish.. susah juga ni. aku sudah kehabisan idea ni. macam mana ekh nak dapat idea untuk menulis nie??

kehidupan seorang manusia..

Kenapa kali ini aku memilih tajuk kehidupan seorang manusia? emmm.. aku nak konsi pengalaman dan cerita sedikit. semua orang tidak pernah rasa puas terhadap apa yang di lakukannya. Mesti korang rasa sama seperti yang aku rasakan? Bile kite dapat kerja, kadang-kadang mesti kita merungutkan? kata banyak kerjalah, susahlah, itulah, inilah, bagaikan semua tidak kena. Tp cuba bayangkan pula, apabila kita tidak diberikan tugasan atau kerja. Pasti kita merungut juga kerana kita lihat orang lain buat kerja sedangkan kita tidak buat apa-apa. Sehinggakan ada yang terasa hati. Sebab tulah aku kate, manusia ini sama saja. cuma yang membezakannya adalah akal mereka yang digunakan untuk berfikir. Jika kita sentiasa fikirkan negatif, negatif la jadinya. Kita seharusnya berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu tindakan. Sehingga kempen kitar semula pun menggunakan perkataan 'FIKIR DAHULU sebelum buang'. Kita seharusnya berfikir secara rasional jangan hendak bertindak melulu sahaja. Seperti yang aku kata tadi, soal kerja. Jika kerja itu bukan kerja kita, jadi janganlah kita hendak sebuk-sebuk untuk melakukannya. Janganlah kita tersa hati dengan orang yang diberikan tanggungjawab tersebut.

Lagi satu, kenapalah orang lain hendak sebuk akan hal orang lain?
sebuk sangat hendak tahu kisah orang lain. Yang ini tak nak lah aku cita banyak-banyak kerana kadang-kadang aku pun sama juga.. hehe.. kan aku kate tadi semua manusia adalah sama...

Oleh itu, kita renung-renugkanlah, aku tidaklah pandai menulis dengan panjang lebar cuma ingin memberikan pandangan sahaja.

Ceritaku..

Susah gak ekh.. nak kene tulis hari-hari. Payah gak nak memikirkan ayat untuk ditulis. Lagi satu, susah gak nak tulis secara formal ni.
Hari ni tak de yang 'best' dalam rutin harianku. Cume tiap hari Selasa, kami ada Gerko. Semester ni dan semester depan kami kena gerko pakaian seragam. Aku pilih untuk menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Aku tak pernah pun masuk KRS ni. Dulu masa sekolah rendah pun aku masuk Pengakap, masuk sekolah menengah aku mula berkecimpung dengan Kadet Bomba dan Penyelamat. Kiranya masa itu, aku dan pegawai bomba di Klang dan Sg.Besar menjadi rakan baik. aku pilih KRS ni kerana aku tidak pernah lagi masuk KRS. lagi satu, baju dia pun 'smart' dan aku tengok banyak mengajar kau tentang displin.
Latar belakang KRS bermula apabila Muhammad Thani Bin Sha'aban di SM Raja Abdullah, Jalan Kepong memulakan sebuah pasukan pakaian seragam yang diberi nama Kadet Putera Islam. Kemudian pada 13 September 1993, Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah meluluskan kertas kerja untuk menukar Kadet Putera Islam kepada Kadet Putera-Puteri Islam tetapi ditukar pula kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Kemudian pada 20 Jun 1995 KRIS telah ditukarkan namanya sekali lagi untuk membolehkan pelajar-pelajar bukan Islam menyertainya. ia telah ditukarkan kepada Kadet Remaja Sekolah hinggalah sekarang. Untuk sekolah rendah pula ia dipanggil Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Itujelah yang aku dapat ceritakan serba sedikit tentang KRS ni. Orang kata, kalu hendak memiliki sesuatu tu kenalah kenal dulu. Tak Kenal maka tak cinta. Betol tak?

gerhana..

dalam sayup-sayup malam,

ku menanti gerhana,

namun,

awan gelap yang muncul tiba,

seperti menghalang impianku,

menatap kehebatan ilahi.


> faqhreel 11.33pm



Kawan Baruku..


Assalamualaikum semua.. Uh.. panas betul petang ni. Hari ini aku mempunyai kawan baru dalam hidupku. Jenab namanya. Jenab merupakan seekor kura-kura kecil yang baru dibeliku tadi. Ntah mengapa aku tadi tiba-tiba sahaja ingin membeli seekor kura-kura. Tanpa membuang masa, aku terus meminjam motor 'roomateku' dan pergi ke Lipis untuk membeli kura-kura tersebut. aku memangilnya Jenab kerana ak rasa nama tersebut klasik sekali. lagi pun aku tidak tahu lasung kura-kura ni jantan ke betina. "Sekilas kura-kura di dalam akuarium, tidak ku tahu jantan ke betina" hehe..

Mengapa kura-kura? Mengapa tidak ikan? kucing? mengtibang laut? atau platipus? aku rasa kura-kura ni lain daripada yang lain. walaupun kura-kura ini kecil tetapi ia mempunyai semangat yang kuat. seperti dalam siri 'Wonder Pet'. lagi satu, aku tidak pernah membela kura-kura sebelum ini. Selain itu, aku harap si Jenab ni boleh la layan aku bila aku sunyi-sunyi. Mungkin aku akan latih dia buat aksi juga seperti balik kuang, menari atau sebagainya. Mana tahu dia boleh ganti Tuk.

Aku harap Jenab ni dapat aku bela dengan sebaik mungkin dan hidup lama. Insyaallah.

cerita hari ini..







Hari ini AhAd 8/2/09. Penganut agama Hindu hari ini menyambut hari Thaipusam. Hari ini aku pagi-pagi dah kena bangun. bebudak ini ajak aku pergi memancing di Empang Jalih, lebih kurang 10KM dari Institut. Aku, Zul, Wan Asrar dan Ajis memulakan XPDC kami pada pukul 8.30pg. Peh.. aku rase mangantuk gila masa tu, maklumlah semenjak dua menjak ni, aku susah nak tido malam. Asek batuk je.
Bila tiba di sana, semua dengan penuh 'Ghairahnya' nak mendapat Arapaima 10kg hehe.. Sebenarnya semalam kami dah pun pergi ke sana, Zul dapat ikan ubi (500g). Sebab tu la hari ni kami rasa boleh dapat lagi besar. hahahha..
mula-mula sejam, tak dapat gak, 2 jam.. masuk 3 jam Ajis sudah mula bosan. Dia sudah simpan pancingnya. Akhirnya semasa aku beli makanan di kafe Abg Mie, die terus balik tanpa mengikutku ke sana..
Sesudah makan, aku memulakan kembali kmisi mendapatkan ikan. Tapi memang tiada nasib kami hari ini, seekor pun tidak naik. untuk memuaskan hati, sebelum pulang kami mandi dahulu. boleh dikatekan air terjun la juga kerana air dari empangan itu akan mengalir jatuh ke bawah. Tetapi tidak la sebaik mandi di air terjun kerana airnya berbau makanan ikan, kerana terdapat kolam ikan di tengah empangan tersebut. Tidak lama kami mandi di sana.

Tetapi aku rasa tempat itu jika dijaga dengan baik, mesti lagi meriah. Mesti lagi banyak gadis-gadis yang datang.. hehehhe.. (gatal gak aku nie)..

Salam Perkenalan..

uh.. ni kali pertama aku tulis blog ni.. mungkin dalam blog ni boleh la aku luahkan perasaan aku.. boleh gak kenal-kenal dengan orang lain..