Berita Minggu.
SEKINCHAN - 14 Jun, Buat kali pertamanya Sekinchan telah hujan semenjak cuti sekolah ini. Menurut saksi yang berada di tempat kejadian mengatakan setiap hari dia seakan mandi peluh kerana angin dari kipas tidak dapat menahan kepanasanya. Tambahnya lagi, jika hendak mandi dia terpaksa membasahkan kepala sahaja kerana air terlampau panas sehingga meggi pon boleh masak.
Kejadian tersebut telah berlaku pada waktu pagi iaitu bermula pada pukul 11 pagi hinggalah pukul 1.30 tengah hari. Tapi malangnya hujan tersebut tidak membawa makna yang besar kerana waktu petangnya menjadi sangat terik seperti biasa.
Sawah padi yang sudah masak dan sudah mula dituai.
Walaubagaimanapun, hujan tersebut telah mengurangkan sedikit jerebu yang ada di sini. kerana pada hari Jumaat lalu, jerebu telah kelihatan dengan banyak sekali. Jarak penglihatanya juga dalam 5oom sahaja. Diharapkan hujan dapatlah turun dalam 2, 3 hari lagi kerana padi telah pun di tuai dan proses pembakaran akan dijalankan. Jika tidak hujan, kemunkinan Sekinchan akan dilanda jerebu yang amat dasyat sekali.
Disediakan oleh :
6/14/2009 06:49:00 PM
|
Labels:
Berita
|
1 comments:
Apa da ayat berita ni...wat aku gelak ja... hehehehehehe...teruskan usaha anda...
Post a Comment