Tentang tentang

My photo
Sekinchan, Selangor/kuala lipis, Malaysia
Tanggal 14 March 1988 pukul 9 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki. En. Ismail telah menamakanya Mohd Faqhreel Aizad. Selama 13 tahun ia menetap di Klang bersama-sama keluarganya sebelum abahnya meninggal dunia dan menetap di Sekinchan hingga sekarang. Beliau masih lagi berlajar di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis dalam jurusan Ijazah sarjana muda pendidikan major PSV. Tidak lama lagi akan mendapat gelaran 'Guru'/'Cikgu'. Sangat gile akan kentang. [EN]
IP

Red Giant mengganas di tempat sendiri

SELANGOR menewaskan Kelantan 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi pada satu perlawanan yang begitu mendebarkan.

Dengan kemenangan itu, Selangor melonjak ke tangga teratas Liga Super untuk menyingkirkan Kelantan yang sebelum ini merupakan pendahulu liga.

Kehadiran penonton yang begitu membanggakan iaitu kira-kira 40,000 orang penyokong telah merancakkan aksi perlawanan.

Seawal minit keempat, Selangor sudah mendahului 1-0 selepas hantaran dari sebelah kanan Amirulhadi Zainal berjaya ditolak masuk R. Surendren.

Namun malang menimpa Selangor apabila bek tengah, Khairul Anuar Baharom dilayangkan kad merah pada minit ke-39 selepas dikatakan telah menyiku Mohd. Zamri Ramli.

Sebaik separuh masa kedua bermula, Kelantan menguasai keseluruhan permainan dengan kesemua pemain Selangor terpaksa berkampung di kawasan sendiri.

Namun Selangor menerusi satu serangan balas memperolehi sepakan percuma di depan pintu gol Kelantan selepas Safee Sali dijatuhkan.

Sepakan percuma yang diambil D. Surendran itu terus menerjah jaring untuk gol kedua Selangor pada minit ke-68.

Kelantan pula semakin tertekan apabila penjaga golnya, Halim Napi dilayangkan kad merah pada minit ke-77 selepas sengaja membaling bola ke arah pemain muda, C. Premnath.

Selangor akhirnya melengkapkan kemenangan bergaya dengan gol ketiga menerusi jaringan Premnath yang menerima lorongan cantik daripada kapten, Amri Yahyah pada masa kecederaan.

Selasa ini, Selangor akan bertandang ke Ipoh untuk bertemu Perak pada suku akhir pertama Piala FA dan pertemuan kedua akan berlangsung di Shah Alam pada Sabtu.

(selangorfc.com)

0 comments: