Tentang tentang

My photo
Sekinchan, Selangor/kuala lipis, Malaysia
Tanggal 14 March 1988 pukul 9 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki. En. Ismail telah menamakanya Mohd Faqhreel Aizad. Selama 13 tahun ia menetap di Klang bersama-sama keluarganya sebelum abahnya meninggal dunia dan menetap di Sekinchan hingga sekarang. Beliau masih lagi berlajar di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis dalam jurusan Ijazah sarjana muda pendidikan major PSV. Tidak lama lagi akan mendapat gelaran 'Guru'/'Cikgu'. Sangat gile akan kentang. [EN]
IP

Sahabat..

Assalamualaikum semua.. uh.. npe ntah ngn aku hari ni.. rasa semacam jek.. fikiran celaru.. pastu aku saje-saje lah bukak laman web yg ade bagi teka-teki, lawak dan sebagainya untuk menghiburkan hati. So I terbukak la page nie.. Familiazam.com. Macam-macam ada kat situ, dan aku tertarik dengan artikel yang di letak nie.. Mengenai sahabat.. erm.. ble bace balek.. ak rase ak mmg x sesuai lagi dipanggil sahabat yg sejati, sbb kebnyakan pe yg ditulis, lansung tiada dalam diriku.

Yang pertamanya, cara untuk mengekalkan persahabatan, kita perlu saling memberi kebebasan persahabatan, memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.
Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya. erm... memang kene dengan hidupku, selalu rasa ak saja yang betul dan orang lain akan salah. ni lah kesilapan besar diriku.

Seterusnya, kita perlu saling mengekang rasa cemburu. Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.
Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...dan ini adalah musuh utama aku, cemburu.. napa aku selalu kuat cemburu?? erm... itu yang kita x tahu.

Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Yang paling penting dalam persahabatan, kita perlu saling memberi kemaafan, memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Ini pula cara-cara memilih sahabat. Ada lima cara yang telah dipesan oleh al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya.

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Mulai hari ini, aku akan selitkan kata-kata hikmah dalam entry aku, bukan ape, sebagai ingatan kita bersama. Kan elok ingat mengiati tu..

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

post signature

10 comments:

genial said...

terimakasih atas pencerahannya kang :)

kapal terbang kertas said...

ya.. sama2..

SaRa_wo Sensei said...

alhamdullillah ya habibi akh faqhreel...
sahabt umpama cermin...
menghargai sahabat adalah sesuatu yang amt penting...
jgn lak kwn makan kawan..
bahaya wooo kes nie..

Hamba_Biasa said...

assalamualaikum..
hihi, nk menyibuk jgk...
ish, bknlah, nk bg pndangan..
h0hoh0..
alhamdulillah..
hargailah sahabat2 sekelilingmu seadanya dr mreka..
jgn trlalu brharap tinggi krna stiap mnusia 2 tidak smpurna..
lantaran itu kta slg mmerlukan sbg pnunjuk jalan..
m0ga natijahnya mmbuahkan kbaikan..amin...

Sabda RASULULLAH SAW :
"Teman yg patut kmu dampingi ialah teman yg apabila kmu melihatnya, kmu teringat ALLAH,
apabila mendengar kata2nya, bertambah ilmumu, & apabila melihat amalan2nya, kmu teringat akhirat"

Kta2 imam syafie :
"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya"

Doa persahabatan:
"Ya Allah ! Sahabatku buah hatiku, mesra kami penawar duka , rindu kami menambah cinta, Rajuk kami membuah ceria. Ya Allah ! Sillaturrahim kami Ukhuwah Fillah, Permusuhan kami, nauzubillah..Berpisah hanya dengan mati, Insyaallah. Pengikat hati kami, rabithah marthotillah.."

kapal terbang kertas said...

amin~~.. betul kate adik2 ku yg berdua nie.. sahabat sgt pntg.. dan hargailah kalu mereka menghargai persabatan kita..

Hamba_Biasa said...

emm, bt0l3..
insyaALLAH,amin..(^^,)
huhu, smntara 2, ad nk tnye ni...
latihan ble plak ek?

kapal terbang kertas said...

latihan??? isyallah malam esok.. tmpt ari tu ekh..

Hamba_Biasa said...

assalamualaikum..
abg faqhreel, mlm ni b0lehla nk bt ltihan 2 coz taklimat mlm s0k..
kte0rang p lawatan luse..

kapal terbang kertas said...

tau22.. sbb tadi en johan bg tau yg korg g luse nie..

Hamba_Biasa said...

0rite, beres..
hihihi..
kul bpe start?
& lg 1, ltihan ni mlibatkan smua ke cne?
c0z sy gtau kak mas td, die kt
die xp...
sal yg plak0n utama je..
ek?