Tentang tentang

My photo
Sekinchan, Selangor/kuala lipis, Malaysia
Tanggal 14 March 1988 pukul 9 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki. En. Ismail telah menamakanya Mohd Faqhreel Aizad. Selama 13 tahun ia menetap di Klang bersama-sama keluarganya sebelum abahnya meninggal dunia dan menetap di Sekinchan hingga sekarang. Beliau masih lagi berlajar di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis dalam jurusan Ijazah sarjana muda pendidikan major PSV. Tidak lama lagi akan mendapat gelaran 'Guru'/'Cikgu'. Sangat gile akan kentang. [EN]
IP

AMNESIA

Assalamualaikum semua.. erk.. ari ni kita akan belajar mengenai Amnesia... ya penyakit Amnesia.. kenapa aku wat entry nie?? haha.. sbb ade 1 ari tu, sorg lec aku cakap la pasl lupe ingatan.. die ckp la penyakit nie.. tetibe sorg kawan ak menyampuk.. "bukan ke Amnesia ni kurang darah?".. lalallala.. pastu ak ingat die da sedar da.. tp die masih masih lagi percaya amnesia ni penyakit kurang darah..

ok.. ak terangkan sejarahnye dulu.. Amnesia (perkataan berasal daripada Greek Ἀμνησία) ialah suatu keadaan memori hanya dapat mengingat dalam jangka masa pendek. Kajian-kajian terhadap Amnesia yang telah pun dilakukan oleh ahli sains perubatan dahulu serta penemuan-penemuan terbaru mereka sekarang telah menambah kefahaman kita terhadap penyakit yang kompleks ini. Secara ringkasnya, semakin kita memahami mekanisma ingatan dan lupa dalam fisiologi manusia, semakin mudahlah kita merawat penyakit-penyakit seperti Amnesia. Kajian tentang Amnesia yang dilakukan oleh pakar bedah zaman dahulu pada mulanya mengalami kesukaran dalam memahami penyebab sebenar terjadinya penyakit ini.Tetapi sumbangan pakar bedah zaman 60-an ini ialah sedikit sebanyak mereka telah mencetus semangat ingin tahu terhadap penyakit ini yang mana telah menarik minat ramai orang untuk menjadi pengkaji dalam bidang ini. Ianya bermula dengan pembedahan tergempar yang dilakukan oleh pakar bedah yang termahsyur pada waktu itu. Pem bedahan ini bertujuan untuk merawat sawan babi salah seorang pesakit pakar bedah tersebut. Pembedahan yang dilakukan sangat merbahaya dan berisiko. Dalam pembedahan itu, bahagian otak yang dipanggil Medial Temporal Lobe yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang bersambung telah dipisahkan. Akhirnya, pesakit tersebut tidak lagi mengalami sawan babi,tetapi menghadapi masalah tidak dapat mengingati sesuatu perkara dalam jangka masa panjang semenjak dari pembedahan tersebut. Tetapi tidak ada tindakan susulan daripada pakar bedah tersebut kerana masih keliru tentang keadaan pesakit tersebut serta tidak mahu mengambil risiko yang membahayakan pesakit. Kejadian yang telah direkodkan tersebut telah membuka lembaran baru dalam memulakan kajian berkenaan amnesia, kerana telah berjaya membongkar rahsia lokasi sebenar otak yang terlibat dalam menghasilkan dan menyimpan ingatan. Perkara yang menjadi tanda tanya dan perdebatan di antara ahli sains sebelum ini telah pun terjawab dengan gempar sekali. Sebelum kejadian ini mereka percaya bahawa semua bentuk ingatan sama ada apa yang kita lihat, dengar, rasa, bau dan sebagainya disimpan dalam satu lokasi yang sama. Tetapi konsep tersebut terbukti tidak tepat dalam kejadian tersebut kerana lelaki tersebut masih mengekalkan ingatan jangka panjang yang diperoleh sebelum menjalani pembedahan walaupun setelah dibedah tetapi gagal mengingat sesuatu perkara dalam masa panjang selepas pembedahan. Yang kedua, pesakit tersebut masih boleh mempelajari kemahiran tertentu yang menunjukkan bahawa bukan semua bentuk ingatan disimpan pada satu-satu lokasi otak.

Kajian terbaru dan terkini telah membantu kefahaman bidang sains mengenalpasti bahan kimia dan protein di dalam otak yang terlibat dalam menghasilkan suatu ingatan. Ada kajian yang dilakukan telah berjaya mengaitkan kehilangan memori dan peminum alkohol tegar. Peminum alkohol jangka masa panjang mengalami komplikasi kehilangan vitamin B complex yang dipercayai sebagai komponen penting dalam proses menghasilkan memori di dalam otak. Kajian ini menunjukkan bahawa adanya nutrisi-nutrisi tertentu yang digunakan otak dalam proses mengingat. Sekali lagi fakta ini dapat dibuktikan apabila fungsi otak untuk mengingat sesuatu perkara bagi peminum alkohol tegar, kembali pulih dengan hanya meningkatkan kuantiti vitamin di dalam diet mereka sehari-hari. Kajian juga telah dilakukan dengan menggunakan peralatan pengimejan otak. Idea yang menjadi konsep kajian ini ialah subjek perlu melakukan banyak aktiviti supaya ahli sains dapat mengenalpasti tempat-tempat yang aktif semasa penghasilan dan penterjemahan memori. Apa yang menarik ialah kajian yang direkodkan ini menggunakan dua jenis kumpulan subjek iaitu kumpulan yang terdiri daripada orang dewasa yang normal sebagai kajian kawalan dan kumpulan yang terdiri daripada pesakit yang menderita sakit amnesia atau bentuk-bentuk kehilangan memori yang lain. Otak dan bahagian-bahagian dalamannya diimejkan dan bahagian yang aktif ditandakan. Keputusan yang diperolehi akan dibandingkan samada bahagian aktif otak pada subjek normal tiada pada bahagian imej otak pesakit. Masih banyak lagi yang perlu kita belajar tentang otak kita dan cara kerja ingatannya. Kajian terhadap Amnesia adalah cara terbaik untuk mengetahui serta membandingkan otak yang sihat dan untuk melihat bagaimana mekanisma sebenar otak berfungsi. Ahli sains walaubagaimanapun telah banyak berjasa dan memberikan harapan baru untuk merawat penyakit ini.Antara ahli sains yang terkenal ialah J.Wall, yang kebiasaannya menjadi penyumbang kepada kajian Amnesia sedunia.

Sebab-sebab terjadinya Amnesia terbahagi kepada dua iaitu organik atau functional.

  • Penyebab bagi sebab organik ialah kerosakan otak melalui kecederaan atau penyakit, atau menggunakan ubat khayal.
  • Penyebab functional ialah faktor-faktor saikologi seperti mekanisma pertahanan diri daripada gangguan luar (menyebabkan pesakit selalu berasa terancam).

Amnesia juga boleh berlaku secara spontan. Amnesia jenis ini selalu berlaku pada umur pertengahan dan orang tua selalunya lelaki dan berakhir hanya dalam 24 jam. Antara kesan lain amnesia ialah hilang kebolehan untuk menggambarkan sesuatu. Kajian terbaru yang disiarkan secara online dalam Akademi Sains Kebangsaan menunjukkan bahawa kerosakan otak pada kawasan yang dinamakan Hippocampus' tidak boleh membayangkan sesuatu. Ini kerana, apabila orang normal yang biasa menggambarkan sesuatu, mereka menggunakan pengalaman mereka yang lalu untuk menghasilkan gambaran yang sama. Seperti contoh,mereka tidak boleh membayangkan bagaimana keadaan sesuatu majlis makan malam kerana tidak dapat mengingat pengalaman lepas.

Jenis-jenia amnesia pula,

  • Anterograde amnesia-iaitu kegagalan menukarkan ingatan baru kepada kekal
  • Retrograde amnesia-kegagalan jelas seseorang mengingat sesuatu ingatan lepas, lebih teruk dari biasa.


  1. Terma2 ini digunakan untuk mengelaskan Amnesia terhadap tanda-tanda yang ditunjukkan mereka dan bukan dikelaskan dari penyebab-penyebab amnesia.
  2. Kedua-dua jenis Amnesia boleh berlaku serentak dan biasanya terjadi dari kerosakan otak pada kawasan lobus temporal selalunya Hippocampus.
  3. Antara contoh amnesia yang mempunyai kedua-dua ciri tersebut ialah penunggang motosikal tidak dapat mengingat keadaan sebelum kemalangan(Retrograde amnesia),juga tidak dapat mengingat dimana wad hospital yang dimasukkan(iaitu selepas kecederaan),yang dipanggil anterograde amnesia.
  4. Kesan Amnesia tidak berakhir dengan pantas.Ramai yang berpendapat bahawa amnesia boleh menyebabkan masalah saikologi daripada hanya masalah saraf mereka.Kadangkala, pesakit berasa putus asa dan penat dalam mengingati perkara yang lepas.

sumber Wikipedia

p/s> untuk penyakit kurang darah orang panggil Anemia

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

post signature

6 comments:

SaRa_wo Sensei said...

ish..ishhhh
saper la member ko yang amnesia kurang darah tue????
meh sini nak kasik darah tambhn
jenis darah: sos tomato n cili kfc
hahahaha=p

kapal terbang kertas said...

haha.. apedah... darah, darah la...
sos sos la..

Anonymous said...

ok ok.. sy rase sy ingat kjadian ni wahai faqhreel aizad.. tp pelik jgak sy.. sy tny awak 1 soalan ye.. adakah kite akan mmbenci org yg penah kite syg? sy da mlalut nih.. ape2 pn, sy harap awak jawab ye.. ~

kapal terbang kertas said...

ok..ok.. sy rse sy knl juga awk ya..
huh.. npe msuk soalan nie?? hhahahahahahhahaha.... kita x bleh membenci sesorg tu, sebb apa yg die buat, apa yg dilakukan mesti ada hikmahnya.. dan kita ameknya sebagai pengajaran... bukan sebagai dendam..

Anonymous said...

okey faqhreel.. faham sudah sy dgn ape yg diperkatakan.. sy cume btny sbb sy kurang pasti.. time kasih krn sudi mjawab ptanyaan sy.. tak baik kan kite mmbenci seseorg.. dan tak de salah kalo kite mcintai seseorg kan? ~

kapal terbang kertas said...

betol.. dan ak x kte pon yg ak bnci seseorg dan cintakan seseorng... sebb ak rase sekrg sumenya same jek.. hahhakk..