Tentang tentang

My photo
Sekinchan, Selangor/kuala lipis, Malaysia
Tanggal 14 March 1988 pukul 9 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki. En. Ismail telah menamakanya Mohd Faqhreel Aizad. Selama 13 tahun ia menetap di Klang bersama-sama keluarganya sebelum abahnya meninggal dunia dan menetap di Sekinchan hingga sekarang. Beliau masih lagi berlajar di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis dalam jurusan Ijazah sarjana muda pendidikan major PSV. Tidak lama lagi akan mendapat gelaran 'Guru'/'Cikgu'. Sangat gile akan kentang. [EN]
IP

Aku Mahu Pulang.

"Kepada semua guru pelatih dan pensyarah, anda diminta hadir ke dewan sekarang juga untuk sambutan hari guru"

Ah, ape yang bising-bising ni? F baru sahaja hendak nyenyak tidur, ada pula pengumuman yang menggangu dirinya. Ia melihat jam di dinding, telah pun menunujukan pukul 7.45pagi. Inilah akibatnya, malam berjaga melihat bola, hanya selepas subuh baru F dapat melelapkan matanya. Dia tidak menghiraukan pengumuman tersebut, dia terus melelapkan matanya.

Tiba-tiba dia terjaga, dia melihat jam kembali, sudah pun menunjukan pukul 9.30pagi. "Alamak, aku tak masukan barang dalam stor lagi ni" jerit kecil F. Dia bergegas mengemas biliknya yang agak bersepah dengan longokan kotak. Dalam keadaan pening-pening lalat dia tetap meneruskan memasukan baranganya ke dalam stor. Semasa sibuk-sibuk mengemas kedengaran suara rakan sebiliknya.

"Eh F, kau simpan barang di mana?"

" Bilik stor, sebelah rumah En. W"

"Di bilik S dahulu ke?"

"Sebelahnya."

F teruskan mengemas biliknya, manakala rakan sebiliknya meneruskan tidur.

Sekali lagi dia melihat jam dinding, sudah pun pukul 10.25pagi. Hampir siap kesemua barangnya dimasukan ke dalam stor.

..........................................................................................................................................

Siap semua barang dimasukan ke dalam stor, dia naik ke tingkat atas. Mencari IZ untuk meminta bantuannya menghatar dia ke stesen bas.

"IZ, tolong aku boleh? Hantarkan aku, B dengan S ke stesen bas pukul 12 nanti"

"Aku tidak pastilah boleh lepas ke tidak pagi ini. Guru pelatih yang balik pagi tadi semuanya dihalang keluar"

Dalam hati F berkata, takkanlah aku tidak pulang hari ini, rugilah aku. Dia terus mencari B, tetapi B tiada dia pergi ke dewan. Tetaoi tidak lama selepas itu, B pun pulang, dia terus berbincang dengan B bagaimana untuk keluar dari Institut.

"Macam mana ni? S ikut kita sekali."kaya F

"Kamu jangan risau, Aku ada semuanya ditanggung beres"

"Kalu kita tidak dapat lepas bagaimana? Kita ikut jalan belakanglah, kita telefon teksi dan minta dia tunggu kita di pintu belakang. Mahu?

"Baik aku tidak kisah"

Kebetulan K berada di situ dan mereka meminta K menghantar mereka ke pintu belakang.

Semasa perbincangan mereka, terdengar pembesar suara berbunyi beberapa kali dengan arahan yang sama, minta pelajar dan pensyarah pergi ke dewan kerana forum hari guru sedang berjalan. Mereka tidak menghiraukan lansung apa yang didengarinya kerana hati mereka sudahpun mahu pulang.

.......................................................................................................................................

Dengan hati yang tabah, mereka bertiga menuruni bukit di jalan belakang untuk pergi ke stesen bas. Sampai sahaja di pegakhiran jalan, jelas kelihatan teksi sudah pun menunggu mereka. Teksi mereka terus meluncur laju ke stesen bas. Sampai sahaja ke stesen bas, kelihatan sudah ramai pelajar yang hampir sama dengan nasib mereka.bila ditanya keluar ikut mana. semunya berkata "jalan belakang".

Tepat jam 1.05 petang, bas Tranasional bergerak meninggalkan stesen bas. semua pelajar yang berada di dalam bas tersebut berasa lega. Kerana mereka dapat melepaskan diri hanya untuk pulang ke rumah sahaja.

post signature

6 comments:

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

kenape tak taruh name sebenar?hihi

kapal terbang kertas said...

bkn x nk..
rahsia kerajaan 2.. hihi...

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

ececeh..rahsia kerajaan kunon..kihkih..pengalaman diri kamu kah?hihi..

kapal terbang kertas said...

lebih kurang mcm 2 la...

Anonymous said...

bukan rahsia bagiku. haha..

wah, macam lari dari tahanan saja lagaknya. huuu..

kapal terbang kertas said...

tau x pea.. sme cuak gle td..