Cari Idea
Lama juga aku tidak menulis ni. masih tidak biasa lagi untuk menulis dengan secara formal (ayat penuh) susah jugak ekh untuk menjadi penulis bloger ni. Idea kene banyak. Kene banyak berpengetahuan. Hari minggu lepas aku ada bengkel asas seni lakon. Tak tau la macam mana aku boleh terjebak dengan teater ni. dulu aku masuk cume nak jadi krew je. Buat prop. tup2.. lepas tu terus jadi pengarah dan wujud satu kelab teater di IPTAA. Mula-mula aku hendak buat nama kelab tersebut ialah Kelab Teater Afzan, tetapi selepas aku, penolong pengarah 2 aku dan penasihat aku berbincang jarak jauh (SMS), kami mendapat kata sepakat memilih GITA iaitu Gabungan Insan Teater Afzan. Macam Gita Gutawa bukan? hehhe.. Ok kita bukak cerita lain pula, hari Jabatan Sains dan Matematik menganjurkan kempen derma tulang sum-sum. Jadi siapa nak derma bolehlah daftar nama di dewan besar. Aku?? haha.. entahlah.. rasa serba salah la pulak, nak derma ke tidak. Takut pun ada juga. Ketika aku hendak pasang banner di dewan, aku ada tengok juga alatan yang mereka bawa untuk membuat pemeriksaan, mungkinlah. Mungkin siapa yang daftar nama tue, mereka akan ambil darah, besar juga botol darah tu aku tengok. Hehe..
Ish.. susah juga ni. aku sudah kehabisan idea ni. macam mana ekh nak dapat idea untuk menulis nie??
Ish.. susah juga ni. aku sudah kehabisan idea ni. macam mana ekh nak dapat idea untuk menulis nie??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment