Cinta keronsang bahagian akhir
Ntah mengapa.. hari ini Farah terasa semacam sahaja. Hatinya tidak tenang. Asyik teringatkan Yazid sahaja. Dia terasa terkilan kerana dia tidak masih lagi tidak dapat menunaikan hasrat Yazid untuk melihatnya memakai keronsang tersebut. Dia bertekat untuk memakia keronsang tersebut sehingga Yazid pulang ke kolej dan dapt melihat dia memakainya.
Sekarang adalah waktu belajar sendiri. Semua pelajar di arahkan untuk ke peputakaan dan mencari bahan yang telah ditugaskan oleh pensyarah untuk mencarinya. Ada yang hanya duduk sahaja, ada yang mencari bahan dan ada juga yang telah pulang ke bilik.
Farah bersama ahli kumpulanya yang lain seperti Ayu, Husna, Yana serta Siti sebuk mencari bahan. Mereka tidak menghiraukan mereka yang lain yang hanya beborak sahaja. Tiab-tiba Husna memanggil mereka.
“Eh, korang semua, tengok ni.” Sambil menunujuk ke arah surat khabar.
“Apa dia?? Sampuk Ayu
“tengok la ni, tengok siapa punya karya.” Jelas Husna.
“Mohd Yazid b Ghani” baca Siti.
“Yazid!” jerit mereka serentak.
“tak kan la dia tak datang kelas sebab nk wat cerpin ni. Apa tajuknya, ‘Cinta Keronsang’? Peh jiwang jugak budak nie” kata Ayu yang agak kuat percakapanya. Memang dikalangan mereka Ayu adalah seorang yang bercakap kuat. Bisiknyanya sahaja boleh didengari dari orang yang berada 5 meter darinya.
“Mari sini jap, aku nk baca karyanya” pinta Farah kepada HUsna yang masih memegang surat khabar tersebut.
Tp belum smpat dia membaca cerpin tersebut, mereka telah dipangil oleh Yatim, ketua unit mereka. Katanya ada hal yang penting ingin diberi tahu.
“ok , semua da adakan? Aku ada dua berita, satu sedih dan satu gembira, ak bagi tahu yang gembira dulu ekh?” kata Yatim dengan muka yang agak sedih.
“ok!” balas mereka.
“berita gembiranya ialah, tadi H.E.P panggil aku, mereka kata keluarga Yazid sudah hunbungi kolej. Mereka semua berada di Singapura”
“la.. di pergi bercuti ke? Tak ajak kita pun.” Sampuk Jais.
“bukan, ni la aku nak bagi tahu berita sedihnya, mereka ke sana kerana ingin membuat rawatan terhadap Yazid. Yazid sebenarnya mempunyai barah otak dan dia telah pun menjalani pembedaha. Namun.”
“namun apa?” sampuk Farah yang jelas matanya sudah berkilat kerana air matanya sudah mula memgalir.
“namun. Dia tidak dapat diselamtkan, dia telah pun meninggal dunia malam tadi di sana.” Jelas Yatim.
Jelas pada riak muka mereka menunujukan terkejut. Mereka tidak mempercayainya, kerana selama ini Yazid tidak pernah menunujukan tanda-tanda mengalami barah otak. Dia adalah orang yang palin riang di kelas.
Farah memang tidak dapat menahan sebak lagi, dia menangis. Dia beras menyesal kerana tidak dapat menunaikan hajat Yazid. Patutlah Yazid berkata takut dia tidak sempat untuk melihatnya pakai. Rupa-rupanya ini yang bakal terjadi.
Mereka semua telah diberi kebenaran untuk pergi menziarahi keluarga Yazid di kampungya. Ketika menungu bas kolej, Farah teringat akan surat khabar yang terdapat cerpen Yazid tadi. Dia membacanya. Baru sahaja membacanya, kertas itu sudah pun basah dengan titisan air mata Farah. Shingga la ke perenggan terkahir cerita itu, Farah berasa teramat sedih untuk membacanya.
“ Kalaulah aku masih hidup, aku akan melihat mu setiap masa, setiap saat. Aku tahu kau akan memakainya, dan ak tahu, kau la wanita yang teistimewa dalam hidupku. Itulah kenangan kita bersama dan aku tidak akan lupakanya”
tamat.
p/s> dpt gak ak abeskan cerita nie. dalame ak pikir nk wat. tp baru je dpt siapkan.. tp jln ceritanya x besh sgt. mesti korg da dpt agk jln citenye kan.?
4/26/2009 01:16:00 AM | Labels: Cinta Keronsang. | 2 Comments
Cinta keronsang bahagian 1
Hari ini genab dua minggu Yazid tidak hadir ke kelas semenjak kelas bermula semula selepas cuti. Semua orang masih tertanya-tanya kemana menghilangnya dia. Kali terakhir Yazid dilihat semasa hari terakhir kelas sebelum cuti seminggu 3 minggu yang lepas. Bila dihubungi, telefonya ditutup. Pihak kolej juga gagal menghubungi Yazid. Ketiadaan Yazid di kelas merubah senario kelas yang dahulunya riuh dan dipenuhi dengan gelak ketawa tapi sekarag, tidak lagi. Sunyi sepi kelas itu. Lansung tiada gelak tawa penghuninya.
Paling merasakan ketiadaan Yazid ialah Farah. Farah merupakan kawan baik kepada Yazid. Mereka seakan-akan seperti pasangan kekasih, tetapi pada hakikatnya tidak. Suatu masa dahulu, Yazid pernah meluahkan isi hatinya kepada Farah, namun Farah menolaknya dengan alasan dia tidak mahu merosakan kemesraan mereka sebagai seorang sahabat. Yazid menerimanya dengan hati yang terbuka, dia memahami kehendak Farah tersebut. Mereka juga berjanji akan menjadi sahabat untuk selama-lamanya walau apa pun yang terjadi.
“ Eh Farah, ape yang kau termenenugkan tu?? Ape yang ko belek-belek tu?” Sapa Ayu kepada Farah.
“Mana ada pape, aku cume ngantuk je” balas Farah.
“Takkan la mengantuk boleh belek-belek kerongsang tu. Nape x pakai?” Tanya Ayu lagi sambil tanganya ingin mengambil keronsang di tangan Farah.
“Ish kamu ni, sebuk saje. Eh td bukan ke En Hafifi nk jumpe kamu?” balas Farah sambil menyimpan kerongang tersebut di dalam beg.
Ayu menepuk dahi. Dia terus meninggalkan Farah. Farah hanya terseyum sahaja melihat telatah ayu tersebut. Tapi hanya sekita sahaja senyuman manis Farah terpalit di wajahnya, dia masih lagi teringat akan Yazid. Dia teringat akan semasa Yazid memberikan dia kerongsang tersebut. Sudah lama sebenarnya ia diberikan oleh Yazid. Akhir tahun lepas. Masih jelas diingatan Farah kejadian waktu itu.
Lepas pulang dari kelas sahaja, baru sahaja inginmerebahkan diri di atas katil, telefon Farah berbunyi. Masej dari Yazid rupenya.
“Wei.. Fara.. kalu ak bg ko adiah ko nk x?”
“Adiah pe? X pyh la ssh2.. bkn besday ak pon”
“Ala.. x pe la.. saje je nk bg… lg pon td ko kte nk bnde 2.. jd ak bli la..”
“bende pe?
“keronsang td.. ko kte ko nk kan? Lg pon ko kte ko x de lg wane cm 2.. tol x? jd ak g lie la..”
“ala.. mmg la ak x de lg wane 2.. lg pon mmg ak ske.. tp ko x yh la ssh2 liekan tok ak”
“ala.. amek je la..”
“abes nnti kalu ‘mereka’ nmpak cm nea?” ok2 ak paki bli besday ak ekh? Nti ak kte la adiah besday.. leh?”
“ala.. kn besh dpt ngok ko pkai dlu.. tkut nnti ak x smpat lak tgok”
“ala.. x lme lg la.. 4 bln je lg.. hehe.. ok?”
“yela2.. jnji ko amek”
“time kaseh ekh zid”
“Same2.. Hehe”
Masej tersebut masih lagi diingati oleh Farah. Dia merasakan baru semalam sahaja dia menerima masej tersebut.
Lamunanya tiba-tiba terhenti apabila En. Khalid masuk ke kelas untuk mengajar. Pelajar yang lain juga semuanya kembali ke tempat masing-masing.
bersambung...
4/26/2009 12:13:00 AM | Labels: Cinta Keronsang. | 0 Comments